Saturday, October 30, 2010

aKu JuaL aPa SaJa YaNG aDa VaLue

Lama juga rasanya tak update blog ni. Ni semua gara-gara penyakit buatan orang... he..he.. aku mengandunglah...

Dah 2 tahun kahwin, baru sekarang aku hamil. Aku tak kisah sangat, risau pun tak bila tak mengandung-mengandung. Suamiku la yang nampak macam tercabar. Lelaki biasalah... Padaku rezeki tu Tuhan akan bagi bila masa sesuai , menurut ilmuNYA la...

Aku ni nak war-warkan pasal blog baru ku di http://blogmeelah.blogspot.com . Kat sini aku ada jual beberapa produk yang dah pernah aku guna. Tu yang berani promote. Kau orang tengok-tengok la apa yang berkenan. Setakad ni baru dua produk. Produk fizikal. Produk digital belum sedia untuk dijual... Tunggu segala pening dan loya ni hilang... Aku betul-betul rasa nak tidur je....

Tuesday, October 19, 2010

TM bagus untuk resdung

Hi semua,

Pagi ni aku nak cerita pasal TM lagi. Gambar botol kat sebelah tu...

Aku ni ada resdung. Dengan tabiat suka seafood lagi teruk resdungnya. Jerawat kat payah ceritalah, selalu naik dan surut silih ganti. Dan yang paling mengerikan aku perasan, hidungku berbau busuk.

Setelah 2-3 hari dok minum TM ni , lendir @ kahak senang je keluar melalui mulut. Bukan setakad senang, selalu dan banyak pulak tu. Seminggu lepas tu, hidung pun dah tak berbau. Tapi jerawat lambat sikit hilangnya, coz makan tak jaga.

Selain itu, kesan lain yang aku perasan dengan titiskan TM dalam minumanku, kencing aku lebih kerap pada awal pengambilan, berak pun senang. Badan lebih bertenaga.

Bila dah lama-lama, tahap kesihatan aku lebih baik dari sebelumnya. Aku ni selalu kena batuk, antibodi lemah. Pendek kata ia membantu la...

Friday, October 1, 2010

Allah Mendengar Doa HambaNYA

Hari ni aku hadiri open house Persatuan Penduduk ditempatku. Acara bermula pukul 10 pagi hingga pukul 1 tengahari. Bukan sekadar makan-makan je... ada cabutan bertuah lagi. Oleh itu semua tetamu diminta mendaftar diri.

Berbalik kepada tajuk hari ini, aku merasakan Allah itu sangat dekat denganku. Dia memakbulkan setiap doa hambaNYA. Kejadian yang simple tapi sangat terkesan olehku. Aku duduk makan dengan mertuaku beserta kawan-kawannya. Bila tiba MC mengumumkan masa untuk cabutan bertuah dan memanggil salah seorang jawatankuasa Persatuan Penduduk untuk mencabut nombor, seorang makcik dimejaku merungut , " Aku tak pernah bertuah", katanya berulang kali.

Aku teringat amalan mendoakan untuk orang lain sangat mulia. Bila aku dengar makcik tu berkata begitu, terus hatiku berdoa pada Allah agar makcik tersebut memenangi hadiah cabuan bertuah itu.

No pertama dipanggil tiada siapa tampil, no kedua disebut juga tiada siapa pergi ambil hadiahnya. No ketiga dipanggil, makcik tadi kelam kabut ku tengok "Nombor saya, nombor saya..." , katanya separuh berteriak . Gembira + terkejut. Aku tersenyum sahaja, sambil melambai kepada MC, mengisyaratkan bahawa ada pemenangnya. (MC tu suamiku sendiri :-)). Dalam hatiku tergamam, begitu cepat Allah memakbulkan doaku. Aku bersyukur dan berharap agar doaku yang lain juga dimakbulkannya.

Ada satu kisah lagi berlaku pada malam raya puasa lepas. Aku balik kampung sendirian menaiki bas ekspress ke Pantai Timur. Bas bertolak pukul sembilan malam. Oleh kerana aku berada di seat no 1, jadi semua perbualan pemandu dan konduktor bas tu jelas ku dengar. Bila jam menunjukkkan beberapa minit lagi ke pukul sembilan, pemandu bas bertanya kepada pembantunya, "Berapa seat lagi yang belum naik?", konduktor itu menjawab "ada 2 lagi".

Hatiku berkata " Andai pemilik tiket itu terlepas bas, kesiannya. Esok dah raya dan tempat tujuannya bukan dekat." Lantas aku panjatkan doa sungguh-sungguh pada Tuhan. "Ya Allah, bantulah hambaMu yang belum sampai itu. Andai dia memang menaiki bas malam ni, kau bantulah mereka agar sempat menaiki bas. Keluarga mereka sedang menunggu mereka pulang. Aku mohon padaMu Ya Allah . Amat mudah padaMu untuk melakukan keajiban. Ya Allah Ya Tuhan ku, bantulah mereka sampai ke bas ini Ya Allah". Beberapa saat kemudian, ada seorang lelaki kelihatan tergesa-gesa. Bila nampak lelaki itu, pemandu bas tersebut membuka pintu bas. "Bang, ini bas no ** ke?" tanya lelaki itu.
"Bukan. Bas itu kat depan sekali. Pergi cepat, rasanya bas tu belum jalan", jawab konduktor bas itu. Pemandu bas itu menutup balik pintu bas. Selang setengah minit kemudian, ada dua gadis berlari-lari menghala ke bas yang aku naiki. Pemandu bas cepat-cepat buka pintu. Rupanya merekalah penumpang terakhir yang belum menaiki bas itu. Bila pemandu bas menutup pintu bas semula, aku terus berzikir padaNYA , bersyukur kerana membantu hambaNYA yang dalam kesempitan itu.

Dalam hati aku berdoa agar di masa-masa aku perlukan bantuan, aku mohon padaNYA agar doaku juga dimakbulkan secepat itu. Sepanjang malam itu aku berzikir memujiNYA sehingga tertidur....