Monday, September 27, 2010

Trace Mineral Drops TME-12 (2oz)


Sejak mula blog ni dibuka gambar TM (nama singkatan Trace Mineral Drops) dah aku letak. Tapi n3 pasal produk ni baru hari ni nak cerita. Produk ni dah lama kat pasaran. You all boleh baca testimoni kat blog ni http://kedairevell-online.blogspot.com atau klik sini saja untuk baca testimoninya. Sepanjang aku kenal produk kesihatan ni, inilah produk yang paling murah dan berkesan pernah aku guna. Harganya Rm36.00 utk 2oz , satu lagi RM63.00 utk 4oz.

Cara guna TM ni mudah saja. Titiskan ke dalam air minuman kita seharian. Sehari cuma 20-30 titis bagi dewasa. Aku biasa letak 5-8 titis untuk 1 liter air. Bergantung pada kita la nak letak banyak mana. Air tu akan rasa payau bila campur TM ni. Lagi banyak letak lagi payau rasa air tu. You all boleh try and error ikut selera ...

Kalau you all berminat nak dapatkan produk ni boleh gunakan beberapa cara:
1. Bank in RM36.00 (utk 2 oz) + RM2 untuk belanja pos ke akaun saya.
Dah tu Sms ke no 014-6392 064 . Formatnya: TME-12 RM38 (nama bank) (tarikh) (masa)
Contoh : TME-12 RM38 maybank 12092010 1520

No Akaun Maybank 1640-52366-194 atas nama Siti Mariam Bt Ramli
No Akaun Public Bank 4530-9161-30 atas nama Siti Mariam Bt Ramli

Anda akan menerima TM kurang dari 5 hari bekerja.

2. Boleh terus ke stokis Revell, beli sendiri guna ID saya. Cara ni anda kena SMS saya minta ID no lah. Kalau anda call dan tak dijawab jangan marah...:) . Saya juga bekerja seperti anda.. Formatnya : ID REVELL . SMS ke no 014-6392 064.
Cara ni anda boleh beli sendiri dengan harga ahli. Kalau selepas ini berminat untuk jadi ahli, pergi saja ke stokis REVELL dan sign up. Jangan lupa letak nama dan ID saya sebagai sponsor :)

Inilah 2 kaedah yang sangat praktikal... Mulai hari ni saya akan jenguk blog bermula pukul 5 pagi waktu Malaysia sehingga subuh. Masa-masa lain tak berani janji. Biasanya selalu je online.

Thursday, September 23, 2010

Ujian Dan Dugaan MU

Terjemahan Surah Al-Inshirah
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ya Allah, kata-kataMU itu benar belaka. Aku merasainya lewat hari-hariku. Pernah satu hari Engkau beri ujian bertimpa-timpa padaku. Waktu pagi aku perlu membayar hutangku pada seorang hambaMU sedang waktu itu aku betul-betul tiada wang. Dan tengahari itu, Engkau memberi jalan untuk mendapatkan wang, tapi suamiku pula tidak mengizinkan aku menggunakan cara itu. Aku rasa sedih sebenarnya, tapi kerana dia imamku yang Engkau pilih, aku reda.

Petang tu, dua pekerja (maids) dipulangkan. Satu kes pukul anak majikan, dan satu lagi tak nak jaga baby. Hei... bengong maids ni... Dapat majikan baik banyak songeh pula. Dapat majikan kejam, boleh tunggu sampai 2 tahun. Aku pun tak reti putaran alam ni. Malam tu aku dera maids ni, tak bagi tido dalam bilik. "Tido je kau orang kat simen depan ni", marahku.

Tuhan punya takdir, malam tu juga ada majikan nak ambil maid yang lain. Kes majikan ni dah terdesak nak maid... Alhamdulillah lepas seminggu aku call, dia kata maid tu okey dengan dia.

Itulah kisah ku dalam satu hari. Dalam susah Allah beri bantuanNYA. Tapi kita ni selalu tamak. Nak yang elok je... Tapi tak nak buat baik. Tak nak tambah amalan...

Wednesday, September 15, 2010

Hidup Ini

Hidup ini kena lihat dari banyak sudut. Banyak peluang sebenarnya, cuma perlukan sedikit usaha sahaja.

Hidup ini, payah macam manapun pasti ada jalan keluar. Makin kita cari penyelesaiannya makin banyak yang kita dapat dan jumpa. Mungkin untuk sesuatu penyelesaian itu, kita perlu keluar dari kepompong kita. Yalah, rezeki Allah ni ada di mana-mana.

Hidup ini kena berani ambil risiko. Tapi jangan tamak pula. Tak salah untuk cuba sesuatu yang baru. Percaya dan yakin itu sangat perlu. Fikir dulu sebelum ambil apa-apa keputusan atau tindakan. Tengok 'kiri-kanan'. Kalau perlu kaji balik dari A ke Z. Mungkin ada yang kita tertinggal atau kurang sempurna.

Thursday, September 9, 2010

Hampir Sebulan Belum Rasmi

Assalamualaikum ...

Selamat tinggal Ramadhan, selamat datang syawal. Rasa sayu nak lepaskan Ramadhan kali ni. Alhamdulillah, Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. Tahun ni banyak kali terawih dari tinggal. Tak pergi pun dengan asalan yang 'masuk akal'. Quran pun banyak baca, walau tak khatam, tapi lebih baik dari tahun lepas. Terima kasih Ya Allah atas hidayahMu.


Ramadhan kali ni juga banyak sangat ujian. Hingga saat-saat akhir pun masih bergelut dengan cabaran Mu. Ampuni aku Ya Allah. Kuatkan dan tabahkan hatiku. Berilah aku kesabaran yang banyak...