Wednesday, September 15, 2010

Hidup Ini

Hidup ini kena lihat dari banyak sudut. Banyak peluang sebenarnya, cuma perlukan sedikit usaha sahaja.

Hidup ini, payah macam manapun pasti ada jalan keluar. Makin kita cari penyelesaiannya makin banyak yang kita dapat dan jumpa. Mungkin untuk sesuatu penyelesaian itu, kita perlu keluar dari kepompong kita. Yalah, rezeki Allah ni ada di mana-mana.

Hidup ini kena berani ambil risiko. Tapi jangan tamak pula. Tak salah untuk cuba sesuatu yang baru. Percaya dan yakin itu sangat perlu. Fikir dulu sebelum ambil apa-apa keputusan atau tindakan. Tengok 'kiri-kanan'. Kalau perlu kaji balik dari A ke Z. Mungkin ada yang kita tertinggal atau kurang sempurna.

No comments:

Post a Comment