Thursday, September 23, 2010

Ujian Dan Dugaan MU

Terjemahan Surah Al-Inshirah
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ya Allah, kata-kataMU itu benar belaka. Aku merasainya lewat hari-hariku. Pernah satu hari Engkau beri ujian bertimpa-timpa padaku. Waktu pagi aku perlu membayar hutangku pada seorang hambaMU sedang waktu itu aku betul-betul tiada wang. Dan tengahari itu, Engkau memberi jalan untuk mendapatkan wang, tapi suamiku pula tidak mengizinkan aku menggunakan cara itu. Aku rasa sedih sebenarnya, tapi kerana dia imamku yang Engkau pilih, aku reda.

Petang tu, dua pekerja (maids) dipulangkan. Satu kes pukul anak majikan, dan satu lagi tak nak jaga baby. Hei... bengong maids ni... Dapat majikan baik banyak songeh pula. Dapat majikan kejam, boleh tunggu sampai 2 tahun. Aku pun tak reti putaran alam ni. Malam tu aku dera maids ni, tak bagi tido dalam bilik. "Tido je kau orang kat simen depan ni", marahku.

Tuhan punya takdir, malam tu juga ada majikan nak ambil maid yang lain. Kes majikan ni dah terdesak nak maid... Alhamdulillah lepas seminggu aku call, dia kata maid tu okey dengan dia.

Itulah kisah ku dalam satu hari. Dalam susah Allah beri bantuanNYA. Tapi kita ni selalu tamak. Nak yang elok je... Tapi tak nak buat baik. Tak nak tambah amalan...

No comments:

Post a Comment